๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐จ๐ ๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ก๐จ ๐ง๐๐ฅ๐จ๐ฆ ๐ง๐๐ ๐๐จ๐ฆ ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ฅ๐๐ก ๐ ๐๐ก๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ก๐จ ๐ฆ๐๐ข๐ช๐๐๐ฆ๐
KUALA LUMPUR, 29 Julai 2026 – Pelbagai produk keluaran usahawan bimbingan MARA Terengganu terus mendapat perhatian pengunjung menerusi Terengganu Showcase yang berlangsung di Medan MARA, Kuala Lumpur.
Berlangsung dari 28 hingga 31 Julai, showcase berkenaan menghimpunkan pelbagai produk makanan, minuman, kraf serta inovasi tempatan sebagai platform mempromosikan hasil keluaran usahawan dan memperluaskan akses pasaran.
Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki hari ini mengadakan sesi walkabout ke Terengganu Showcase bagi menyantuni usahawan yang mengambil bahagian serta melihat sendiri kepelbagaian produk yang dipamerkan.
Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan para usahawan dan bertukar pandangan mengenai perkembangan perniagaan, potensi produk serta peluang memperluaskan pasaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Terengganu Showcase yang dianjurkan oleh Pejabat MARA Negeri Terengganu merupakan antara inisiatif berterusan MARA dalam menyediakan platform promosi dan pemasaran kepada usahawan bimbingannya.
Penganjuran program ini bukan sahaja meningkatkan keterlihatan produk tempatan, malah membuka peluang jaringan perniagaan, memperluaskan capaian pasaran dan menyemarakkan sambutan 60 Tahun MARA yang terus komited memperkasa pembangunan usahawan negara.
Oleh: shafiz hamzah



