πππ₯πππ¦ππ π π ππ₯π πππ‘ ππ¨π₯π¦π π ππππ¬π¦ππ π£ππ₯πππ¦π πππ§ππ₯ππ¦π πππͺππ‘πππ‘ ππ¨π ππ£π¨π§ππ₯π
KUALA LUMPUR, 7 Julai 2026 β MARA telah menerima pembentangan cadangan Bumiputera Investment Programme (BIP) daripada Bursa Malaysia sebagai usaha memperkasa literasi kewangan dan budaya pelaburan dalam kalangan masyarakat Bumiputera.
Sesi pembentangan yang dipengerusikan oleh YBhg. Ir. Dr. Mahzan Teh, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA itu telah diketuai oleh Puan Mazliana Mohamad, Director, Social Impact & Investor Empowerment, Bursa Malaysia.
Cadangan kerjasama tersebut memberi tumpuan kepada usaha memperluas literasi kewangan dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam pasaran modal menerusi program pembangunan kapasiti yang merangkumi pendidikan pelaburan, pengurusan kewangan serta kesedaran terhadap risiko penipuan kewangan.
Melalui cadangan tersebut, seramai 5,000 Bumiputera berumur 18 tahun ke atas disasarkan untuk mengikuti program yang merangkumi aspek perancangan kewangan, kesedaran terhadap penipuan kewangan, pengurusan risiko serta kemahiran pelaburan termasuk analisis saham dan pengurusan portfolio. Program ini turut menyasarkan peningkatan penyertaan Bumiputera dalam pasaran modal serta pembinaan kekayaan jangka panjang secara mampan.
Selain Bumiputera Investment Programme (BIP), Bursa Malaysia turut mencadangkan beberapa inisiatif kerjasama melibatkan institusi pendidikan MARA termasuk program literasi kewangan untuk pelajar MRSM, modul pelaburan bagi pelajar institusi pengajian tinggi dan TVET MARA, serta program pembangunan keusahawanan dan pembinaan kekayaan untuk warga kerja MARA.
Cadangan ini selaras dengan aspirasi Pelan Strategik MARA 2026β2030 dalam memperluas penyertaan, pemilikan dan penguasaan ekonomi Bumiputera, sekali gus menyokong usaha MARA memperkasa masyarakat Bumiputera sempena sambutan 60 Tahun MARA.
Oleh: shafiz hamzah



