𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠, 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔 𝗞𝗔𝗥𝗔𝗞𝗧𝗘𝗥 𝗚𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗔𝗥𝗔

mara

MERSING, JOHOR, 6 Julai 2026 – MARA terus memperluaskan agenda pembangunan modal insan dan keusahawanan menerusi kunjungan ke SMD Fiber Boat & Services serta Nautika Marine Sdn Bhd bagi melihat sendiri perkembangan industri maritim yang semakin berkembang di daerah Mersing.

Kunjungan tersebut diketuai oleh YBhg. Ir. Dr. Mahzan Teh, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA yang turut diiringi oleh Ts. Ahmad Hamdi Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA. Lawatan ini turut membuka ruang perkongsian pengalaman dan pandangan berkaitan keperluan industri serta peluang yang boleh diterokai oleh warga MARA dalam bidang maritim.

Dalam lawatan yang sama, YBhg. Ir. Dr. Mahzan turut mempengerusikan sesi libat urus bersama pengurusan MRSM Mersing. Perbincangan memberi fokus kepada usaha memperkasakan pembinaan karakter dan sahsiah pelajar di samping cadangan penubuhan kelab maritim sebagai medium untuk menyemai minat serta memperkenalkan pelajar kepada potensi kerjaya dalam sektor tersebut.

Sempena sambutan 60 Tahun MARA, pelbagai usaha terus digerakkan bagi memastikan agenda pendidikan, kemahiran dan keusahawanan dapat dilaksanakan secara bersepadu dalam melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Oleh: shafiz hamzah