๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ง๐ฉ๐๐ง ๐ ๐๐ฅ๐ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐๐จ๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐ ๐๐๐๐ฅ๐๐ก
KLUANG, 4 Julai 2026 โ Program Jelajah TVET MARA Johor 2026 yang berlangsung di Dewan LHDN, Kluang semalam menjadi platform penting dalam memperluaskan akses maklumat berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada pelajar serta masyarakat setempat.
Penganjuran program ini selaras dengan aspirasi TVET MARA yang memberi penekanan kepada pembangunan modal insan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri masa hadapan.
Melalui ekosistem TVET MARA yang menyeluruh, para pelajar berpeluang mendapatkan maklumat mengenai laluan pendidikan, latihan kemahiran, pensijilan profesional serta peluang kerjaya yang ditawarkan oleh institusi pendidikan MARA.
Program tersebut telah dirasmikan oleh YAB Datoโ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor yang turut meluangkan masa meninjau ruang pameran serta menyantuni para pelajar dan peserta yang hadir bagi mendapatkan maklumat berkaitan peluang pendidikan dan latihan kemahiran yang disediakan oleh institusi TVET MARA.
Selain memberi pendedahan kepada pelbagai program dan kursus TVET, jelajah ini turut membuka ruang interaksi secara langsung antara pelajar, ibu bapa, institusi pendidikan dan pemain industri bagi meningkatkan kefahaman terhadap potensi bidang teknikal dan vokasional sebagai pilihan pendidikan yang relevan serta berdaya saing.
Turut hadir YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA; YBhg. Datuk Zulfikri Osman, Ketua Pengarah MARA; YB Senator Datuk Rosni Sohar, Ahli Majlis MARA; YBhg. Encik Zahari Aziz, Timbalan Ketua Pengarah MARA; YBhg. Dr. Azmi Amat Murjan, Pengarah Kanan Pelaburan MARA; YBhg. Tuan Haji Faisalludin Mohamat Yusuf, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA serta Encik A. Razu Abdul Razak, Pengarah MARA Negeri Johor.
Program yang menerima kehadiran kira-kira 1,179 pengunjung dan penglibatan seramai 1,100 pelajar ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam memperkasa agenda pendidikan dan pembangunan modal insan negara.
Bersempena sambutan 60 Tahun MARA, pelbagai inisiatif terus dilaksanakan bagi memastikan lebih ramai generasi muda mendapat akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti demi masa depan yang lebih cemerlang.
Oleh: zamry


