๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฉ๐—˜๐—–๐—ง๐—ฅ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

mara

BENTONG, 4 Julai 2026 โ€“ Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus memperkasa pembangunan bakat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menerusi penganjuran MARA Virtual Engineering & Computational Technology Robotics Arena (VECTRA) 2026 yang berlangsung di MRSM Bentong, Pahang.

Program yang menghimpunkan pelajar MRSM dari seluruh negara ini menggabungkan dua pertandingan utama MARA iaitu RoboChallenge dan Digital Technova Arena dalam satu platform yang memberi penekanan kepada inovasi, robotik dan teknologi digital.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara yang turut meninjau projek dan inovasi yang dipamerkan oleh para peserta serta berinteraksi dengan pelajar dan rakan strategik yang terlibat sepanjang program berlangsung.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan pembangunan bakat STEM dan penguasaan teknologi dalam kalangan generasi muda sebagai persediaan menghadapi keperluan ekonomi digital serta landskap pekerjaan masa hadapan.

Turut hadir YBhg. Ir. Dr. Mahzan Teh, Timbalan Ketua Pengarah MARA; Encik Shahrizal Mohd Saderi, Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA; Encik Zakpar Mahput, Pengetua MRSM Bentong serta Ts. Taufiq Hussein, Presiden ANSARA.

MARA VECTRA 2026 melibatkan penyertaan seramai 483 peserta bersama 58 guru pengiring yang menampilkan pelbagai projek berasaskan robotik, mikropemproses dan pengaturcaraan. Melalui pertandingan ini, para pelajar diberi peluang mengaplikasikan kemahiran teknikal, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah dalam menghasilkan inovasi yang relevan dengan perkembangan teknologi semasa, selaras dengan keperluan Revolusi Industri 4.0 dan ekonomi digital negara.

Penganjuran program ini turut mendapat sokongan pelbagai rakan strategik termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Google for Education, Minecraft Education, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Malaysia (USM), German-Malaysian Institute (GMI), ANSARA dan MUAFAKAT yang bersama-sama menyumbang kepada pembangunan bakat serta ekosistem pendidikan berteraskan teknologi dalam kalangan pelajar.

Bersempena sambutan 60 Tahun MARA, penganjuran MARA VECTRA 2026 mencerminkan usaha berterusan MARA dalam melahirkan generasi muda yang berdaya saing, kreatif dan berkemahiran tinggi dalam bidang STEM. Inisiatif seperti ini terus dipergiat bagi menyediakan lebih ramai bakat masa hadapan yang mampu menerajui bidang teknologi, inovasi dan pendigitalan negara.

Oleh: shafiz hamzah