๐ ๐๐ฅ๐ ๐๐๐ก ๐จ๐ฆ๐ ๐ง๐๐ฅ๐ข๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐จ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐ ๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก
PULAU PINANG, 2 April 2026 โ Usaha memperkasa usahawan dan memperluas peluang pendidikan terus diperkasa menerusi potensi kerjasama antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Perkara ini dibincangkan dalam sesi libat urus antara Timbalan Ketua Pengarah MARA, Encik Zahari Aziz dan Naib Canselor USM, Prof. Datuk Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed di Gelugor hari ini.
Pertemuan ini menjadi platform penting untuk membincangkan peluang kolaborasi program, perkongsian kepakaran serta usaha bersepadu ke arah melahirkan generasi usahawan dan graduan berkualiti tinggi selaras dengan aspirasi negara.
Selesai kunjungan tersebut, Encik Zahari turut meluangkan masa meninjau perkembangan usahawan bimbingan MARA di Teluk Kumbar menerusi lawatan ke premis PSR Proauto (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat automotif yang berkembang hasil sokongan pembiayaan dan bimbingan MARA.
Bermula daripada sebuah bengkel kecil, syarikat yang diasaskan oleh saudara Faishal Othman kini berkembang kepada beberapa cawangan dengan konsep โOne Stop Centerโ dalam perkhidmatan automotif, hasil sokongan pembiayaan dan bimbingan berterusan daripada MARA.
Kejayaan ini membuktikan bahawa dengan sokongan strategik, bimbingan berterusan serta keazaman tinggi, usahawan tempatan mampu mencapai kejayaan yang membanggakan dan berdaya saing.
Turut hadir Pengarah MARA Negeri Pulau Pinang, Encik Abdul Halim Mohammad serta pengawal – pengawal pusat MARA.
Oleh: shafiz hamzah



