๐ ๐ฅ๐ฆ๐ ๐ง๐จ๐ก ๐๐๐๐๐๐ฅ ๐๐๐๐ ๐๐จ๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ ๐๐จ๐๐ฅ ๐๐๐ก๐๐๐ฅ ๐ ๐๐ ๐ฃ๐จ ๐๐๐ฃ๐ง๐ ๐๐๐๐๐ฌ๐๐๐ก ๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐ฃ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
JASIN, 3 April 2026 โ Kejayaan cemerlang MRSM Tun Ghafar Baba dalam keputusan SPM 2025 membuktikan bahawa pelajar daripada pelbagai latar belakang mampu mencipta kecemerlangan apabila diberi peluang pendidikan yang berkualiti.
Pencapaian tersebut turut mendapat perhatian Ketua Pengarah MARA, Dato’ Zulfikri Osman yang hadir semalam mengadakan lawatan penghargaan ke maktab berkenaan bagi meraikan usaha dan komitmen warga sekolah.
Menurut beliau, kejayaan yang dicapai adalah hasil usaha gigih guru, pelajar serta seluruh warga MRSM Tun Ghafar Baba yang tidak pernah jemu berusaha untuk mencapai kecemerlangan.
โUcapan terima kasih tidak mampu membalas usaha seluruh warga MRSM TGB yang telah bertungkus-lumus menghasilkan kejayaan yang gemilang. Mengekalkan kejayaan ini merupakan tugas yang lebih berat, namun tidak mustahil,โ katanya.
Oleh: hamli



