๐—ก๐—˜๐—ซ๐—ง๐—š๐—˜๐—ก๐—•๐—œ๐—ญ | ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—ง๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—œ๐—ก๐—ฆ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—œ๐—ก๐——๐—” ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก

mara

PULAU PINANG, 2 April 2026 โ€“ Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menghimpunkan kira-kira 200 mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) dalam sesi bual bicara bersama Timbalan Ketua Pengarah MARA, Encik Zahari Aziz sempena Program NextGenBiz.

Sesi ini memberi peluang kepada pelajar mendengar perkongsian pengalaman, aspirasi serta hala tuju keusahawanan MARA secara langsung. Perbincangan dikendalikan secara interaktif oleh Muhammad Amirul Haziq Rohaizad, Eksekutif Keusahawanan dan Kerjaya merangkap wakil Majlis Pewakilan Pelajar USM, sekali gus mewujudkan dialog dua hala antara panel dan peserta.

Pelajar turut didedahkan kepada realiti dunia keusahawanan, cabaran serta peluang dalam ekosistem MARA, khususnya sebagai pilihan kerjaya masa hadapan. Program ini juga menjadi platform memperkenalkan inisiatif NextGenBiz dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai laluan keusahawanan dan pembangunan perniagaan.

Program turut diserikan dengan Bicara Pendigitalan Perniagaan oleh Encik Mohamad Hairi Salim serta Power Talk Ikon Usahawan Berjaya oleh Puan Siti Padillah Abdul Wahab.

Antara yang hadir ialah Pengarah MARA Negeri Pulau Pinang, Encik Abdul Halim Mohammad; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya; serta Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar USM, Profesor Dr. Azizah Omar bersama wakil agensi dan institusi MARA.

NextGenBiz merupakan inisiatif di bawah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA selaras dengan Pelan Strategik MARA 2026โ€“2030 dalam memupuk nilai keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Oleh: shafiz hamzah