π ππ₯π πππ‘πππ₯ πππ ππ‘ππ¦πππ§ππ π§π₯ππ‘π¦ππ’π₯π ππ¦π, π£ππ₯ππ¨ππ¦ π£πππ¨ππ‘π π£ππ‘πππππππ‘ πππ‘ π£ππ¦ππ₯ππ‘ πππ’πππ π¨π¦ππππͺππ‘
KUALA LUMPUR, 21 April 2026 β Peluang pendidikan berkualiti kepada pelajar serta akses pasaran antarabangsa kepada usahawan Bumiputera terus dipacu apabila Majlis Amanah Rakyat (MARA) melaksanakan 111 inisiatif strategik di bawah Peta Transformasi MARA sebagai hala tuju baharu organisasi bagi tempoh lima tahun akan datang.
Perkara tersebut dikongsikan dalam Sidang Media Tahunan MARA bersama pengamal media yang dipengerusikan oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Datoβ Dusuki, hari ini. Sidang media tersebut turut disertai Ketua Pengarah MARA, Datoβ Zulfikri Osman, serta Ahli Majlis MARA, Tan Sri Muhammad Ibrahim.
Transformasi ini memberi tumpuan kepada pengembangan sektor pendidikan, keusahawanan, kewangan korporat serta tadbir urus organisasi dengan sasaran memperluas akses pelajar ke universiti terbaik dunia serta memperkukuh keupayaan usahawan Bumiputera menembusi pasaran global.
Dalam masa sama, langkah pengurusan kredit yang lebih tersusun berjaya menurunkan kadar pembiayaan tidak berbayar (NPF), sekali gus mengukuhkan kelestarian dana pembiayaan MARA supaya lebih ramai pelajar dan usahawan terus mendapat manfaat daripada kemudahan yang disediakan.
Seiring perubahan landskap ekonomi semasa, MARA turut melaksanakan pembaharuan Akta MARA bagi memastikan organisasi ini kekal relevan, responsif dan berdaya saing melalui pemodenan kerangka tadbir urus serta pengukuhan fungsi strategik organisasi.
Agenda transformasi ini turut menjadi sebahagian daripada perjalanan enam dekad MARA dalam pembangunan sosioekonomi Bumiputera, yang akan diraikan melalui Karnival 60 Tahun MARA: Menjunjung Amanah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula 1 hingga 5 Mei 2026
Oleh: shafiz hamzah



