π£ππππ‘πππ₯ππ‘ π π₯π¦π ππ¨π‘ππ¨π‘ ππ¨ππ πππ¦ππ¦ π£ππ‘πππππππ‘ πππ₯ππ¨ππππ§π
DUNGUN, 20 April 2026 β Pelancaran Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun menjadi langkah penting dalam memperluas akses pendidikan berkualiti khususnya kepada pelajar luar bandar selaras dengan agenda pembangunan modal insan negara.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan MRSM ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam melahirkan pelajar cemerlang yang seimbang dari segi akademik, sahsiah dan kepimpinan.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan MRSM Dungun yang merupakan MRSM ke-58 di Malaysia, dibangunkan di atas kawasan seluas 71 ekar dan berkapasiti sehingga 750 pelajar.
MRSM ini mula beroperasi pada 1 Disember 2025 dengan pengambilan pertama pada Januari 2026 melibatkan pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat, dan kini mencatatkan enrolmen seramai 295 pelajar setakat 28 Mac lalu.
Dilengkapi kemudahan pembelajaran moden termasuk makmal sains, makmal komputer, bengkel RBT serta kemudahan asrama dan sukan, MRSM Dungun turut dijangka merancakkan pembangunan sosioekonomi setempat melalui peluang ekonomi kepada komuniti sekitar.
Oleh: shafiz hamzah



