𝗠𝗔π—₯𝗔 π— π—˜π— π—•π—œπ—‘π—” π—šπ—˜π—‘π—˜π—₯π—”π—¦π—œ π—•π—˜π—₯π——π—œπ—¦π—œπ—£π—Ÿπ—œπ—‘ π— π—˜π—‘π—˜π—₯π—¨π—¦π—œ π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗧π—₯π—”π—§π—˜π—šπ—œπ—ž π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—”π—¦π—žπ—”π—₯ π—ͺπ—”π—§π—”π—‘π—œπ—”π—› (𝗔π—ͺ)

mara

KUALA LUMPUR, 6 Mei 2026 – MARA hari ini menerima kunjungan hormat daripada Delegasi MK TD – Bahagian Pasukan Simpanan (G8) yang diketuai oleh Kolonel Zulkinine bin Yunus, Pengarah Tadbir BPS. Kehadiran delegasi tersebut disambut mesra oleh Ir. Dr. Mahzan bin Teh, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA.

Sesi perjumpaan ini memfokuskan kepada pendedahan mendalam mengenai peranan, skim kemasukan, serta pelbagai insentif yang ditawarkan kepada anggota Askar Wataniah (AW).

Inisiatif strategik ini merupakan langkah proaktif dalam memacu evolusi Askar Wataniah di Institusi Pendidikan MARA (IPMA), sekali gus membuka peluang kepada lepasan pelatih MARA untuk diserapkan ke dalam Angkatan Tetap pada masa hadapan.

Sebagai komitmen berterusan, MARA dan Kementerian Pertahanan berhasrat untuk memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bagi menubuhkan Platun Askar Wataniah di semua IPT kelolaan MARA. Usaha ini bermatlamat untuk melahirkan warga kerja dan generasi pelajar yang berdisiplin tinggi dan mempunyai semangat patriotisme.

Oleh: suhaimi