π ππ₯π π§ππ₯π¨π¦ π£ππ₯πππ¦π πππππ ππ₯πππ‘πππ‘ π£ππππππ₯ π π₯π¦π π£ππ‘ππππππ‘ ππππ£π
PENGKALAN CHEPA, 29 Jun 2026 β MARA terus komited memperkasa kecemerlangan pendidikan Bumiputera menerusi pelbagai inisiatif yang memberi tumpuan kepada pembangunan akademik, sahsiah dan kepimpinan pelajar.
Usaha tersebut diteruskan melalui sesi libat urus bersama warga MRSM Pengkalan Chepa susulan pencapaian cemerlang maktab itu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.
YBhg. Datuk Zulfikri Osman, Ketua Pengarah MARA, yang hadir menyantuni pelajar, guru dan warga kerja maktab, menzahirkan penghargaan atas komitmen serta dedikasi seluruh warga MRSM Pengkalan Chepa dalam mengekalkan budaya kecemerlangan.
Beliau turut berkongsi aspirasi dan hala tuju pendidikan MARA dalam melahirkan generasi pelajar yang berdaya saing, berakhlak dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
Dalam sesi tersebut, para pelajar turut diberikan pendedahan mengenai Program Elite Bound di bawah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA yang menyediakan laluan pembangunan khusus kepada pelajar berpotensi tinggi untuk melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan terkemuka.
Beliau turut menyampaikan suntikan motivasi kepada calon SPM 2026 agar terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam memastikan kecemerlangan pendidikan terus diperkasa melalui hubungan yang erat antara kepimpinan dan institusi pendidikan, selaras dengan usaha membangunkan modal insan berkualiti sempena sambutan 60 Tahun MARA.
Oleh: suhaimie



