π π₯π¦π ππππ§πππ’π¨π‘π π£ππ§ππͺππ¬ π£π₯π’ππ₯ππ π£ππ₯πππ¦π π£ππ₯π¦πππ£ππ‘ π£ππππππ₯ ππ π¨π‘ππ©ππ₯π¦ππ§π π§ππ₯πππ π¨ππ ππ¨π‘ππ
BANTING, 29 Jun 2026 β Seramai 200 pelajar cemerlang Tingkatan 5 daripada Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) seluruh negara menyertai MRSM EliteBound Pathway Program (MEPP) yang berlangsung di Kolej MARA Banting (KMB).
Program ini merupakan inisiatif MARA bagi menyediakan pelajar berpotensi tinggi untuk melanjutkan pengajian ke program prauniversiti berprestij dan universiti terbaik dunia.
Peserta mengikuti pelbagai pengisian sepanjang tiga hari program termasuk pendedahan kepada laluan pengajian A-Level dan International Baccalaureate (IB), persediaan ujian kemasukan antarabangsa, bengkel penulisan personal statement serta simulasi temuduga bagi meningkatkan daya saing mereka untuk memasuki institusi pengajian tinggi bertaraf dunia.
Kemuncak program menyaksikan majlis penutupan disempurnakan oleh YBhg. Ir. Dr. Mahzan Teh, Timbalan Ketua Pengarah MARA, yang turut dihadiri oleh Dr. Ahmad Sabri Kassim, Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Encik Meor Mohammad Khaliff M. Mohamad Omar, Timbalan Pengarah I Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Dr. Monisa Abdul Wahab, Timbalan Pengarah II Bahagian Pendidikan Tinggi MARA serta Puan Nurzatul Itri Mohamad Rozip, Timbalan Pengarah MARA Negeri Selangor.
Program anjuran Bahagian Pendidikan Menengah MARA dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA dan Kolej MARA Banting ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam melahirkan modal insan berprestasi tinggi yang mampu bersaing di peringkat global.
Selaras dengan sambutan 60 Tahun MARA, pelbagai inisiatif terus dilaksanakan bagi memperluas akses pendidikan berkualiti kepada generasi pelapis negara.
Oleh: shafiz hamzah



