๐— ๐—œ๐—–๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—œ๐—ฅ๐—”๐—œ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—™๐—ข๐—ž๐—จ๐—ฆ ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ฆ๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—”๐—ก

mara

KUALA LUMPUR, 22 April 2026 โ€“ Hari kedua sekaligus penutup MARA International Accounting Conference (MiCA) 2026 menyaksikan perbincangan lebih mendalam mengenai keperluan transformasi digital dalam sektor kewangan serta evolusi profesion audit dalam menghadapi teknologi baharu.

Forum Khas bertajuk “The Trust Deficit: Bridging the AI Capability and Governance Gap in Accounting” disampaikan oleh Dr. Alistair Brisbourne, Head of Technology ACCA.

Forum bertajuk โ€œDigital Transformation in Finance: A Practical Roadmap for SMEsโ€ membincangkan keperluan PKS memperkukuh kesiapsiagaan digital melalui penggunaan teknologi seperti automasi, perakaunan awan dan analitik data bagi meningkatkan kecekapan, kawalan kewangan serta daya saing perniagaan.

Perbincangan turut menekankan peranan profesional kewangan dalam merapatkan jurang keupayaan digital dengan menterjemahkan teknologi kepada keputusan strategik yang lebih berimpak dan mampan.

Sementara itu, forum โ€œEvolving: Continuous Auditing, Blockchain, and Artificial Intelligence (AI)โ€ memberi tumpuan kepada perubahan landskap audit yang kini semakin dipacu teknologi seperti blockchain dan kecerdasan buatan.

Panel forum membincangkan bagaimana pendekatan audit berterusan, penggunaan data masa nyata serta teknologi AI mampu meningkatkan ketelusan, kecekapan dan keyakinan terhadap proses audit, di samping mengekalkan aspek tadbir urus dan akauntabiliti profesional.

MiCA 2026 yang berlangsung selama dua hari berjaya menghimpunkan kira-kira 800 delegasi dan 18 penceramah melalui enam sesi utama, sekaligus mengukuhkan peranan MARA sebagai peneraju dalam memperkasa pembangunan bakat profesional serta wacana strategik dalam bidang perakaunan di peringkat global.

Oleh: hamli