๐ฃ๐๐๐๐ง๐ข ๐ฃ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐ ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐๐จ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ง ๐ฃ๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ก ๐ ๐จ๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ ๐ฒ๐ฌ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ ๐๐ฅ๐
KUALA LUMPUR, 22 April 2026 โ MARA terus memberi tumpuan kepada pembangunan bakat kepimpinan generasi muda apabila Pertandingan Pidato Piala Pengerusi MARA 2026 diperkenalkan sebagai platform mencungkil bakat pengucapan awam dan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA).
Pertandingan yang dianjurkan buat julung kali sempena sambutan 60 Tahun MARA itu merupakan inisiatif Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT MARA Malaysia) dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Menengah MARA dan Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, serta dibawakan khas oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penganjuran pertandingan ini merupakan pelaburan penting dalam melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah berdaya saing, berwawasan serta mampu menyuarakan idea dan aspirasi secara matang.
โMelalui platform ini, kita mahu melahirkan generasi yang berkeyakinan dan mampu menyampaikan pandangan dengan jelas di pentas yang lebih luas,โ katanya sempena majlis peluncuran pertandingan yang diadakan di Anjung Korporat, Medan MARA.
Sebanyak 102 penyertaan diterima daripada pelbagai institusi pendidikan MARA termasuk MRSM (62), TVET MARA (24), Kolej Profesional MARA (9), Kolej MARA (5), Kolej Poly-Tech MARA (1) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII) (1). Daripada jumlah tersebut, 40 finalis terdiri daripada 25 pelajar MRSM dan 15 pelajar kategori kolej telah terpilih untuk mara ke peringkat akhir bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM10,000.
Peserta akan dinilai berdasarkan ketajaman isi, kefasihan bahasa, adab serta gaya penyampaian yang meyakinkan.
Pertandingan ini turut mendapat sokongan padu rakan strategik iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai Rakan Strategik Platinum, Penerbit Mahir sebagai Rakan Strategik Emas, BHPetrol sebagai Rakan Strategik Perak, serta Spectra Global Security, Rural Capital, muafakatpay dan Cremiu sebagai Rakan Strategik Gangsa.
Kemuncak pertandingan dijadual berlangsung pada 26 April 2026 di Auditorium Bandaraya Kuala Lumpur dan akan disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta MUAFAKAT MARA Malaysia.
Oleh: shafiz hamzah



