๐— ๐—œ๐—–๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ง๐—˜๐—ž๐—”๐—ก๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—”๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—›๐—”๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ

mara

KUALA LUMPUR, 22 April 2026 โ€“ Keperluan melahirkan akauntan masa hadapan yang berintegriti, celik teknologi serta mampu membuat pertimbangan profesional yang tepat menjadi antara tumpuan utama dalam MARA International Accounting Conference (MiCA) 2026, sejajar perubahan pesat landskap perakaunan global yang dipacu teknologi digital.

Persidangan yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur semalam sehingga 22 April 2026 itu menghimpunkan kira-kira 800 delegasi melibatkan pengamal industri, akademia dan pakar perakaunan bagi membincangkan cabaran serta masa depan profesion tersebut dalam era kecerdasan buatan (AI), automasi dan analitik data.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut menyampaikan ucaptama bertajuk โ€œThe Moral Algorithm: Integrating Ethics, Values, and Technology in the Future of Accounting.โ€

Sementara itu, forum sesi petang semalam yang memfokuskan pembangunan bakat profesional masa hadapan dikendalikan oleh Ketua Pengarah MARA, Datoโ€™ Zulfikri Osman sebagai moderator bagi forum bertajuk โ€œTalent and Skills for the Future-Ready Accountant: Reimagining Human Judgement, Technology, and Trust in a Critical Global Profession.โ€ Turut disertai oleh YBhg. Datuk Zaiton Mohd Hassan (Timbalan Presiden ACCA), YBhg. Dato’ Abdul Rauf Rashid (Managing Partner EY Malaysia) dan YBhg. Prof. Joseph Cherian (CEO Asia School of Business).

Forum tersebut membincangkan keperluan memperkukuh kemahiran akauntan dalam aspek pertimbangan profesional, etika serta keupayaan memanfaatkan teknologi digital tanpa mengabaikan prinsip akauntabiliti dan kepercayaan awam terhadap profesion perakaunan.
MiCA 2026 menampilkan enam sesi utama dengan penyertaan 18 penceramah yang membincangkan pelbagai topik termasuk tadbir urus teknologi, pembangunan bakat profesional serta isu pelaporan kewangan sektor awam, termasuk perbandingan antara Malaysian Public Sector Accounting Standards (MPSAS) dan International Financial Reporting Standards (IFRS) dalam meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti kewangan.

Persidangan ini dianjurkan sebagai platform wacana strategik bagi memperkukuh kesiapsiagaan profesion perakaunan dalam menghadapi perubahan teknologi serta tuntutan tadbir urus yang semakin kompleks di peringkat global.

Oleh: hamli