๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  ๐— ๐—จ๐—”๐—ฅ ๐—–๐—”๐—ง๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—ฃ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

mara

MUAR, 23 APRIL 2026 โ€“ Pengarah Kanan Pelaburan MARA telah merasmikan Majlis Penganugerahan Kecemerlangan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Muar pada pagi ini.

Dalam SPM 2025, MRSM Muar telah merekodkan Gred Purata Maktab (GPM) 2.210, sekali gus menempatkan maktab ini berada di ranking ke-33 dari 57 buah MRSM terbaik di Malaysia.

Kedudukan ini mengukuhkan lagi reputasi MRSM Muar sebagai antara institusi yang konsisten mencatat prestasi tinggi dalam kalangan MRSM seluruh negara.

Pencapaian tersebut turut mencerminkan keberkesanan pendekatan pendidikan MRSM yang menekankan keseimbangan antara pencapaian akademik dan pembangunan pelajar secara menyeluruh.

Dalam kunjungan tersebut, Pengarah Kanan Pelaburan MARA turut meluangkan masa dalam sesi dialog bersama pelajar, sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi secara langsung dan berkongsi pandangan.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga MRSM Muar atas pencapaian yang diraih serta menggalakkan agar momentum kecemerlangan ini terus dikekalkan dan dipertingkatkan pada masa akan datang.

Oleh: zamry