๐Ÿญ๐Ÿต๐Ÿฐ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  ๐—ง๐—จ๐—ก ๐—š๐—›๐—”๐—™๐—”๐—ฅ ๐—•๐—”๐—•๐—” ๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—” ๐—” ๐—ฆ๐—ฃ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

mara

JASIN, 25 April 2026 โ€” Seramai 194 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Ghafar Baba mencatat keputusan semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, termasuk 25 pelajar meraih semua A+, sekali gus meletakkan institusi itu pada kedudukan terbaik dengan GPS 1.139 (1 daripada 57 MRSM).

Daripada jumlah itu, 168 pelajar memperoleh semua A, manakala prestasi subjek utama kekal kukuh dengan Matematik mencatat 100% A, diikuti Biologi (76.86%) dan Fizik (76.20%).

Mengiktiraf pencapaian tersebut, Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki hadir hari ini merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2025 di Dewan Bendahara, MRSM Tun Ghafar Baba, bagi meraikan 193 pelajar cemerlang serta 96 guru yang menyumbang kepada kejayaan berkenaan.

Turut hadir EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka, YBHG. Dr. Muhammad Akmal Salleh, Pengarah MARA Negeri Melaka, Encik Shah Zulmizan Safar, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar yang menjalankan tugas Pengetua MRSM Tun Ghafar Baba, Encik Muhammad Hanafi Hamisan @ Kamisan serta Yang Dipertua Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia Cawangan MRSM Tun Ghafar Baba, Tuan Haji Mokhlis Maizan.

Pencapaian ini turut menyaksikan MRSM Tun Ghafar Baba muncul sebagai sekolah terbaik SPM 2025, sekali gus meneruskan trend peningkatan prestasi dan mengukuhkan kedudukannya sebagai antara institusi pendidikan paling cemerlang di negara ini.

Oleh: hamli