π£ππ ππ₯πππ¦πππ‘ πͺππ‘ππ§π πππ‘ ππ’π π¨π‘ππ§π π ππ₯π πππ₯πππππ‘ ππ π£ππ₯πππ ππ‘ π§ππ‘ππππ₯π
TENGGARA, 17 Jun β Seramai lebih 300 usahawan wanita sekitar Parlimen Tenggara menyertai Program Pemerkasaan Wanita & Komuniti MARA 2026 Parlimen Tenggara yang berlangsung di Dewan KEJORA, Bandar Tenggara hari ini. Program ini memberi fokus kepada pembangunan kapasiti usahawan wanita menerusi perkongsian maklumat berkaitan pendidikan, keusahawanan serta kemudahan yang ditawarkan oleh MARA.
Program tersebut menghimpunkan usahawan wanita dari sekitar Parlimen Tenggara bagi mendapatkan pendedahan mengenai peluang latihan keusahawanan, kemudahan premis perniagaan dan pembiayaan MARA yang dapat membantu mereka mengembangkan perniagaan serta meneroka peluang pasaran yang lebih luas.
Peserta turut mengikuti sesi perkongsian bertajuk Persona Wanita Karisma yang disampaikan oleh Cik Waheeda dari Image & Colour Studio.
Program telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Rosni Sohar, Ahli Majlis MARA. Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan kemudahan pembiayaan MARA kepada lima usahawan serta menyerahkan sumbangan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) berjumlah RM5,000 kepada 50 pelajar daripada keluarga B40 sekitar Parlimen Tenggara.
Turut menyampaikan ucapan ialah Datoβ Sri Dr. Adham Baba, Pengerusi Yayasan Makmur Kota Tinggi. Hadir sama Encik A. Razu Abdul Razak, Pengarah MARA Negeri Johor; Datin Hajah Salasiah Idris, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Makmur Kota Tinggi; Puan Hajah Rashida Ismail, Ketua Masyarakat Pasir Raja; dan Tuan Hahasrin Hashim, Ketua Masyarakat Panti.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam memperluas peluang pembangunan sosioekonomi dan keusahawanan wanita, selaras dengan aspirasi untuk melahirkan komuniti yang lebih berdaya maju. Inisiatif seperti ini turut menyemarakkan sambutan 60 Tahun MARA yang terus memperkasa agenda pembangunan Bumiputera di seluruh negara.
Oleh: shafiz hamzah


