๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—” ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ (๐—š๐—˜๐— ๐—”) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐— ๐—œ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”

gema

KUALA LUMPUR, 18 Jun โ€“ MARA meneruskan komitmennya dalam memperkasakan pembangunan keusahawanan Bumiputera menerusi penganjuran Program Gerakan Ekoniaga MADANI (GEMA) 2026 yang menghimpunkan seramai 150 usahawan, pemain industri dan wakil organisasi perniagaan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur hari ini.

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Wilayah Persekutuan dan Putrajaya itu menjadi platform perkongsian ilmu, pengembangan rangkaian perniagaan serta penerokaan peluang kerjasama strategik dalam kalangan usahawan Melayu dan Bumiputera.

Ia selari dengan aspirasi Ekonomi MADANI yang menekankan pembangunan ekonomi yang inklusif dan mampan.

Sepanjang program sehari tersebut, peserta mengikuti pelbagai pengisian termasuk Taklimat Ekosistem Keusahawanan MARA, Forum GEMA bertajuk โ€œMemperkasa Ekonomi Bumiputeraโ€ serta sesi perkongsian kejayaan usahawan yang memberi pendedahan mengenai cabaran dan peluang dalam landskap perniagaan semasa.

Majlis Perasmian Penutup program telah disempurnakan oleh Encik Zahari Aziz, Timbalan Ketua Pengarah MARA, sekali gus menandakan komitmen berterusan MARA dalam menyokong agenda pembangunan usahawan Bumiputera yang progresif dan berdaya tahan.

Program GEMA turut memberi penekanan kepada aspek digitalisasi, inovasi dan penerapan amalan ESG dalam pengurusan perniagaan sebagai persediaan usahawan menghadapi perubahan ekonomi yang semakin dinamik.

Inisiatif seperti ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam menyediakan sokongan menyeluruh kepada usahawan Bumiputera untuk terus berkembang dan berdaya tahan.

Bersempena sambutan 60 Tahun MARA pada tahun ini, penganjuran GEMA 2026 menjadi antara usaha berterusan institusi itu dalam memperluas peluang pembangunan keusahawanan dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam aktiviti ekonomi bernilai tinggi demi kemakmuran negara

Oleh: shafiz hamzah