๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐— ๐—” ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”

mara

BUKIT JALIL, 1 Mei 2026 โ€“ Sambutan Hari Pekerja 2026 yang bertemakan โ€œPekerja MADANI Kesuma Bangsaโ€ telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, sebagai tanda penghargaan terhadap peranan penting warga pekerja sebagai pemacu pembangunan negara.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut diwakili oleh Ketua Pengarah MARA, Zulfikri Osman, bersama warga MARA yang sama-sama menzahirkan sokongan terhadap usaha memperkasa tenaga kerja negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Sambutan ini menjadi platform untuk mengiktiraf sumbangan golongan pekerja dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta memperkukuh kesejahteraan sosial, di samping memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan, kemahiran dan daya saing tenaga kerja terus dipertingkat.

Oleh: suhaimi