๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ก ๐๐๐ญ๐ก๐๐ง๐ช๐ข๐ฅ๐ ๐๐๐๐ฆ๐ง๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ก๐๐ฉ๐๐ ๐ฒ๐ฌ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ ๐๐ฅ๐
KUALA LUMPUR, 1 Mei 2026 โ Program Biznetwork Fiesta 2026 sempena Karnival 60 Tahun Majlis Amanah Rakyat (MARA) menjadi platform memperluas keupayaan usahawan tempatan ke arah pendigitalan dan peluasan pasaran. Program yang berlangsung di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur ini dilaksanakan secara hibrid, menggabungkan promosi dan jualan secara fizikal serta dalam talian dengan penglibatan 40 usahawan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Hajah Rubiah Haji Wang, dengan kehadiran Ketua Pengarah MARA, Dato’ Zulfikri Osman serta barisan pengurusan dan subsidiari MARA. Program ini memberi fokus kepada pemerkasaan usahawan, khususnya dalam penggunaan platform digital, media sosial dan e-dagang sebagai medium pemasaran utama.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2020, Biznetwork telah melibatkan 1,618 usahawan dengan nilai jualan mencecah RM43 juta. Pencapaian program ini terus menunjukkan perkembangan positif apabila edisi 2024 merekodkan jualan RM919,660 melibatkan 134 usahawan, manakala edisi 2025 melebihi RM1.2 juta dengan penyertaan 100 usahawan.
Bagi tahun 2026, program ini menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 20 peratus sepanjang tempoh penganjuran.
Pada majlis sama, MARA turut memeterai dua Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) bagi pembangunan bakat TVET dalam industri perabot serta memperluas peluang keusahawanan kepada bakal pesara dan veteran ATM.
Turut diadakan ialah penyampaian pembiayaan kepada tiga usahawan melibatkan Muslim Food Industry (M) Sdn. Bhd. sebanyak RM1 juta, Amaz Legacy Sdn. Bhd. (RM400,000) dan Adiat Resources (M) Sdn. Bhd. (RM350,000).
Oleh: shafiz hamzah



