๐ง๐ฅ๐๐ก๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ฆ๐ ๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐ ๐๐ก๐๐ข๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ง๐ฉ๐๐ง ๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ฃ๐๐ก
KUALA LUMPUR, 2 MEI 2026 โ Elemen Religious, Innovative, Skills dan Entrepreneurship (RISE) menjadi teras utama kupasan YBhg. Ir. Dr. Mahzan bin Teh, Timbalan Ketua Pengarah MARA (Pendidikan) dalam mengemudi hala tuju strategik pembangunan TVET negara di Kongres Pendidikan Bumiputera semalam.
Beliau menegaskan bahawa TVET MARA terus memacu inisiatif keterbezaan yang berfokus kepada kelestarian program, penguasaan kemahiran berimpak tinggi serta penjajaran rapat dengan keperluan industri semasa dan masa hadapan.
Pendekatan ini mengangkat anjakan paradigma dalam melahirkan modal insan holistik berkemahiran tinggi yang berteraskan konsep โHands-On, Minds-On dan Hearts-Onโ, sekali gus menjadi asas penting dalam pembentukan dasar TVET yang lebih progresif, dinamik dan berdaya saing di peringkat nasional.
Oleh: hamli



