๐—ง๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—ž๐——๐—ช ๐—ง๐—œ๐—ก๐—๐—”๐—จ ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—˜๐——๐—จ๐—ง๐—˜๐—–๐—› ๐—˜๐—ซ๐—ฃ๐—ข ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

mara

KUALA LUMPUR, 2 Mei โ€“ Datuk Hajah Rubiah binti Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini mengadakan sesi walkabout sempena MARA EduTech Expo 2026 yang berlangsung di Dewan Tun Razak 4, World Trade Center Kuala Lumpur.

Ketibaan beliau disambut barisan pengurusan tertinggi pendidikan MARA sebelum meninjau pelbagai zon pameran yang mengetengahkan evolusi pendidikan MARA, teknologi masa depan serta pencapaian institusi dan pelajar di bawah MARA.

Sesi walkabout tersebut merangkumi lawatan ke Time Tunnel, Industrial Solution Zone, E-Games Zone, Institution Product Showcase, Advance Technology Exhibition, Mini Pavilion, Edu Fair serta Be Skills GIATMARA.

Antara tarikan utama ialah pameran teknologi automasi, Internet of Things (IoT) dan kecerdasan buatan (AI) yang memperlihatkan kesiapsiagaan graduan MARA menghadapi keperluan industri masa depan.

Selain itu, pengunjung turut didedahkan dengan peluang pendidikan dan latihan TVET yang ditawarkan institusi MARA termasuk hasil inovasi pelajar dan persediaan pelatih GIATMARA ke pertandingan WorldSkills Shanghai.

Oleh: suhaimi