INOVASI DAN KOLABORASI ANTARABANGSA PACU PENDIDIKAN 5.0
KOTA BHARU, 16 Oktober 2026 – Persidangan antarabangsa yang berlangsung selama dua hari bermula 14 hingga 15 Oktober di Hotel Grand River View, Kelantan menghimpunkan ahli akademik, penyelidik dan pendidik dari dalam serta luar negara bagi berkongsi kepakaran, hasil penyelidikan dan pendekatan inovatif dalam pengajaran serta pembelajaran.
Bertemakan Transforming Educators for Education 5.0: Bridging Technology, Innovations and Values, persidangan ini menampilkan pembentangan penyelidikan, pertandingan inovasi digital dan forum antarabangsa melibatkan wakil Malaysia, Indonesia, Thailand serta Brunei Darussalam.
Antara pencapaian yang membanggakan ialah kejayaan Fahmi Odeni dari Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Alor Setar yang menerima Diamond Award kategori Professional Innovator menerusi inovasi i-Integriti 2.0. Pengiktirafan turut diberikan kepada inovasi Rembayung Jawi Pro, AddMathEZ dan HABAGO dalam kategori masing-masing.
Dalam ucapannya, YBhg. Encik Zahari menekankan bahawa transformasi Pendidikan 5.0 perlu mengimbangi kemajuan teknologi dengan penerapan nilai, etika dan kemanusiaan, selain menggalakkan kerjasama antarabangsa bagi membangunkan sistem pendidikan yang lebih mampan.
Penganjuran oleh KPTM Kota Bharu bersama institusi pendidikan dan rakan strategik dalam serta luar negara ini sekali gus membuka ruang kolaborasi akademik, perkongsian kepakaran dan penerapan inovasi bagi memenuhi keperluan pendidikan masa hadapan.
Oleh: nn



