PENGENALAN
WAKAF MARA MADANI
Berdasarkan pentauliahan yang telah diperolehi daripada MAIWP, MARA boleh mentadbir 6 jenis harta seperti berikut :
A. Tunai atau tunai setara
Contohnya : tunai dalam apa jua mata wang, saham wakaf (penawaran kupon wakaf kebiasaannya digunakan untuk pembinaan sesuatu aset) bagi tujuan permulaan WMM, sumber wakaf tunai merupakan sumber utama wakaf.
B. Harta alih selain tunai
Contohnya seperti harta yang boleh beralih seperti kenderaan, alatan, mesin dan buku-buku yang bermanfaat
C. Harta tidak alih
Contohnya seperti tanah, bangunan, atau infrastruktur yang kekal di tempatnya dan tidak dapat dipindahkan
D. Saham
Contohnya seperti saham-saham dalam syarikat yang dimiliki pewakaf atau mewakafkan saham menerusi pembelian saham-saham baharu daripada sesebuah syarikat pihak ketiga.
E. Unit amanah
Contohnya seperti pemilikan terhadap mana-mana unit amanah yang berdaftar atau sijil pemilikan ke atas aset pelaburan berkelompok.
F. Harta Intelek
Contohnya seperti hak cipta terpelihara, reka bentuk Industri, anda dagang paten, Petunjuk geografi (GI), reka bentuk susun atur litar bersepadu.
G. Khidmat atau Kepakaran
Contohnya seperti memberikan atau menyumbang kepakaran dan perkhidmatan yang boleh dinikmati manfaat, faedah atau keuntungannya membangunkan masyarakat dan komuniti.
Namun bagi pewakaf yang berhasrat untuk mewakaf 6 kategori harta di atas kepada MARA atas nama Wakaf MARA MADANI haruslah memastikan mempunyai pemilikan sempurna kepada setiap aset yang hendak diwakafkan dan aset tersebut juga haruslah patuh syariah.
Ulasan Terkini