PENGENALAN
WAKAF MARA MADANI
1. Pengiktirafan sebagai Mutawalli
MARA adalah sebuah badan agensi yang telah dilantik sebagai Mutawalli oleh MAIWP yang berfungsi sebagai agensi wakaf yang akan mengurus dan mentadbir dana wakaf secara menyeluruh daripada pengumpulan dana, pengembangan dana dan pengagihan manfaat dana wakaf tersebut.
2. Pemotongan cukai
Pewakaf layak menerima potongan cukai pendapatan bagi jumlah yang diwakafkan untuk tahun tersebut, tertakluk kepada 10% daripada Pendapatan Agregat Tahunan. Tempoh kuatkuasa kelulusan dari Menteri Kewangan bermula dari 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2029 (5 tahun) di bawah Subseksyen 44(11C), Akta Cukai Pendapatan 1967.
3. Dana wakaf yang berterusan
Gabungan konsep pelaburan dan wakaf di mana dana yang diwakafkan akan kekal untuk menjana pulangan pelaburan bagi menjana manfaat yang lebih besar. Dana wakaf ini kekal dan tidak boleh dipulangkan semula kepada pewakaf.
4. Tadbir urus telus dan informatif
Pelaksanaan WMM adalah tertakluk kepada perundangan wakaf sedia ada yang terpakai di Malaysia malahan turut dipantau oleh pelbagai agensi pusat. Semua ini akan dilaporkan secara berkala dari semasa ke semasa. Pewakaf akan menerima laporan tahunan mengandungi maklumat dana wakaf terkumpul, hasil pulangan pelaburan daripada dana wakaf dan saluran penyaluran manfaat dana wakaf yang telah dibuat.
5. Mudah Berwakaf
Pewakaf boleh memilih pelbagai pilihan platform untuk berwakaf sama ada melalui QR Code Jom Pay, Melalui akaun Wakaf MARA MADANI , Borang potongan gaji , Borang Wakaf Harta Intelek, Borang Wakaf Unit Saham, Borang Wakaf Kepakaran dan Borang Auto debit (Bank Standing Instruction).
Ulasan Terkini