KONTINJEN MARA GEGAR PENTAS SUKIPT 2026
KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2026 – Suasana Anjung Korporat, Ibu Pejabat MARA bergegar dengan semangat membara sempena Majlis Flag-Off Kontinjen MARA ke Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026.
Majlis pelancaran Program Sport Excellence (SPORTEX) ini dirasmikan oleh YBhg. Encik Zahari bin Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA sekali gus menyuntik motivasi tinggi buat para atlet yang bakal berjuang di Universiti Malaya dari 28 Ogos hingga 6 September 2026.
Mengangkat tema “Mencipta Legasi Juara”, edisi ketujuh ini menyaksikan persaingan sengit antara 65 kontinjen IPT yang memburu 251 pingat emas.
Rekod cemerlang dalam SUKIPT 2024 dan kejayaan meraih pingat emas pada SUKMA Ke-22 membuktikan atlet gabungan Kolej Profesional MARA, Kolej MARA, UPTM, KPTM, UniKL, dan GMI bersedia sepenuhnya untuk melakar prestasi terbalk.
Kini, doa dan sokongan seluruh warga MARA mengiringi langkah kontinjen Kolej Profesional MARA, Kolej MARA, KPTM, UPTM, GMI, dan UniKL.
Penghargaan setinggi-tingginya juga diucapkan kepada barisan jurulatih dan pegawai pengiring yang berhempas-pulas memastikan persiapan rapi dapat dilaksanakan. Perjuangan kini bermula, selamat berjuang dan ciptalah legasi juara di SUKIPT 2026!
Oleh: shafiz hamzah


