MARA Baik Pulih 200 Rumah Rakyat, Himpunkan Inisiatif Pendidikan Dan Kebajikan Dalam Platform MARA PRIHATIN
PADANG BESAR, 17 Mei 2026 – Seramai 200 keluarga di sekitar Parlimen Padang Besar bakal menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Selenggara Elektrik Rumah Impian (SERI) bernilai RM100,000 di bawah inisiatif MARA Prihatin, sekali gus menjadikan program ini sebagai platform bersepadu yang menghimpunkan bantuan pendidikan, kebajikan dan pembangunan komuniti secara terus kepada rakyat. Program berskala besar itu turut menyediakan pelbagai pengisian komuniti termasuk pameran pendidikan, pemeriksaan kesihatan, bantuan persekolahan, food truck, seminar keibubapaan serta khidmat percuma kepada masyarakat setempat.
Oleh: shafiz hamzah


