MAKLUMAN RED 1

Pemanjangan Tempoh Pelawaan, Taklimat Serta Tarikh Tutup Bagi Tender Dan Sebut Harga MARA

Sepertimana pihak tuan/puan sedia maklum, Kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Negeri Sabah (13 Oktober 2020 hingga 26 Oktober 2020), Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya (14 Oktober 2020 hingga 27 Oktober 2020). Pusat MARA di Negeri Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya adalah tertakluk kepada arahan Kerajaan tersebut. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa perubahan urusan perolehan Tender dan Sebut Harga MARA yang melibatkan tarikh penjualan dokumen, taklimat/lawatan tapak dan tarikh tutup penghantaran dokumen seperti di butiran berikut:-

  1. Tender Ibu Pejabat MARA
  2. Sebut Harga Ibu Pejabat MARA
  3. Sebut Harga Pusat MARA
  • Bagi Sebut Harga yang dikeluarkan oleh Pusat MARA seperti Pejabat MARA Negeri (PMN), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Kolej MARA (KM), Kolej Profesional MARA (KPM) dan sebagainya bagi negeri – negeri yang terlibat dengan PKPB, calon – calon penyebut harga boleh berhubung dengan Pusat MARA yang berkaitan untuk maklumat selanjutnya.