SEINDAH BUDI, MERANGKAI MEMORI BERSAMA MANTAN KETUA PENGARAH MARA

mara

KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2026 – Setiap perjalanan meninggalkan kenangan, setiap jasa terpahat dalam ingatan. Ungkapan ini menjadi inti Majlis Seindah Budi Merangkai Memori Bersama Mantan Ketua Pengarah MARA yang berlangsung di M Resort Hotel petang ini bagi meraikan YBhg. Dato’ Seri Zulfikri Osman serta menghargai perjalanan khidmat beliau dalam menerajui MARA.

Hadir sama ialah YBhg. Ir. Dr. Mahzan Teh, Ketua Pengarah MARA, bersama barisan pengurusan tertinggi MARA dan subsidiarinya.

Kehadiran kepimpinan organisasi ini mencerminkan penghargaan terhadap mantan Ketua Pengarah MARA yang pernah menggalas tanggungjawab menerajui institusi tersebut.

Tayangan montaj menjadi antara pengisian utama yang membawa hadirin mengimbau kembali perjalanan dan kenangan sepanjang perkhidmatan YBhg. Dato’ Seri Zulfikri Osman.

Penyampaian photobook dan cenderamata turut melengkapkan acara sebagai tanda ingatan daripada warga MARA, sekali gus mengabadikan kenangan sempena berakhirnya tempoh perkhidmatan beliau.

Selain mengenang perjalanan lalu, acara ini turut memberi peluang kepada barisan kepimpinan dan pengurusan MARA serta subsidiarinya untuk meluangkan masa bersama YBhg. Dato’ Seri Zulfikri di luar urusan rasmi.

Kesempatan ini membolehkan mereka berkongsi detik bermakna dan menghargai hubungan yang terjalin sepanjang menggalas tanggungjawab dalam organisasi.

Walaupun tirai perkhidmatan beliau telah dilabuhkan, kenangan dan pengalaman sepanjang menerajui MARA akan terus menjadi sebahagian daripada perjalanan organisasi.

Seindah budi yang dikenang, jasa dan hubungan yang terjalin akan terus meninggalkan makna kepada warga MARA yang pernah berkongsi perjalanan tersebut dengan YBhg. Dato’ Seri Zulfikri Osman.

Oleh: shafiz hamzah