SIAL PARIS 2026 : PLATFORM STRATEGIK PERLUAS PASARAN MALAYSIA KE EROPAH
Paris, Perancis- 18 Oktober 2026, Seramai 10 usahawan di bawah Gate to Global (GTG) MARA menyertai pameran perdagangan di SIAL Paris 2026.
Pameran bertemakan “innovation feeds us, each and everyday” merupakan platform yang membuka peluang besar untuk meneroka pasaran makanan.
Penganjuran kali ini disertai oleh 8,000 pempamer dari 130 negara dan dijangka menerima 300,000 pengunjung.
Hari kedua menyaksikan kehadiran Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini bin Mohd Hashim yang merasmikan Pavilion Malaysia.
Beliau turut berkunjung ke reruai MARA untuk mengenali produk-produk keluaran usahawan Gate to Global yang terdiri daripada minuman ready to drink, minuman bijirin, produk madu asti, kordial pelbagai perasa dan makanan kesihatan dan minuman berfungsi.
Beliau turut diringi oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, En Rizal Effendi bin Razali.
Turut hadir ialah Pegawai MARA dari Pejabat MARA Jerman, Encik Muhammad Syafizzi bin Mohd Tahir.
Penyertaan MARA di SIAL Paris 2026 merupakan inisiatif strategik bagi memperkukuh kehadiran usahawan Bumiputera di pasaran antarabangsa dengan membina rangkaian perniagaan yang lebih meluas selain mendorong idea inovasi makanan global.

Oleh: nh