Sirih Pulang Ke Gagang 2026

mara

Muar, 21 Jun 2026 – Semangat kekeluargaan dan kecintaan terhadap alma mater terus terpahat apabila seramai 120 alumni pelbagai generasi berhimpun dalam Program Sirih Pulang Ke Gagang (SPKG) 2026 sempena sambutan 46 Tahun Ansara Muar yang berlangsung selama tiga hari di MRSM Muar.

Sepanjang program, para alumni berpeluang mengimbau nostalgia zaman persekolahan melalui pelbagai pengisian yang mengeratkan ukhuwah serta memperluaskan jaringan sesama alumni. Program turut menampilkan sesi perkongsian pengalaman dan inspirasi oleh alumni yang telah berjaya dalam pelbagai bidang, sekali gus memberi pendedahan kepada pelajar MRSM Muar mengenai cabaran serta peluang yang bakal mereka tempuhi pada masa hadapan.

Oleh: shafiz hamzah