SOALAN LAZIM

SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
(PKP)

SOALAN LAZIM (FAQ) MAJLIS AMANAH RAKYAT SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Ya, semua Institusi Pendidikan MARA (IPMA) ditutup selaras dengan arahan usaha kerajaan mencegah penularan wabak Covid-19 bermula 18 Mac sehingga arahan PKP ditamatkan.

Sesi pengajian dan kuliah akan dimaklumkan 2 minggu sebelum bermulanya kuliah atau pada tarikh lain mengikut institusi masing-masing tertakluk kepada arahan kerajaan dari semasa ke semasa. Bagi IPMA yang sedang bercuti semester pada tarikh tersebut, proses Pembelajaran dan Pengajaran (PnP) akan bermula mengikut kalendar akademik masing-masing. Bagi IPMA yang mempunyai infrastruktur lengkap serta kesediaan pensyarah dan pelajar untuk menjalankan sesi pengajian secara maya adalah DIBENARKAN berbuat demikian. Pelajar dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut dari institusi masing-masing.

Bagi mana-mana pelajar IPMA yang dipanggil semula untuk menjalani latihan industri, Senat Bahagian Kemahiran Teknikal (BKT) membenarkan mereka meneruskan latihan industri tersebut, merujuk kepada sektor ekonomi yang telah dibuka secara berperingkat oleh kerajaan. Walau bagaimanapun syarikat dan industri terlibat PERLU mendapat keputusan SAHIH KELULUSAN daripada Ministry of International Trade & Industry (MITI).

Penerima kemudahan pinjaman pelajaran MARA layak mendapat penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA secara automatik tanpa perlu membuat permohonan dengan syarat tidak mempunyai tungakan bayaran balik melebihi tiga (3) bulan.

Pelajar perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari sebagaimana arahan Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi tujuan melapor diri, pelajar hanya dibenarkan untuk melakukan demikian sehingga tamatnya arahan PKP dan setelah selesai tempoh kuarantin.

Ya, pelajar tajaan MARA TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk ke luar negara sepanjang tempoh sekatan perjalanan.

MARA tidak mewajibkan pelajar tajaan MARA di luar negara untuk pulang ke Malaysia. Walau bagaimanapun MARA tiada halangan sekiranya pelajar tersebut ingin pulang ke Malaysia dengan perbelanjaan sendiri. Pelajar perlu memaklumkan kepada pihak MARA terlebih sebelum pulang ke Malaysia.

Berkuatkuasa 5 Mei 2020, pelajar tajaan MARA di luar negara yang bercadang untuk pulang ke Malaysia perlu menanda tangani Surat Aku Janji yang boleh diperolehi daripada Pejabat MARA Luar Negara atau  klik disini untuk muat turun

Dalam hal ini, semua pelajar yang tiba di Malaysia adalah tertakluk kepada  Prosedur Operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Agensi Penguruan Bencana (NADMA).

Pelajar luar negara tajaan MARA dinasihatkan untuk kekal berada di negara pengajian masing-masing sehingga MARA mendapat arahan selanjutnya daripada pihak kerajaan.

Mulai 4 Mei 2020, kerajaan telah membenarkan pembukaan sektor-sektor ekonomi secara berperingkat. Semua sektor perniagaan yang dibenarkan selain dari senarai aktiviti perniagaan yang dilarang (rujuk senarai aktiviti dilarang MKN) boleh dibuka dan beroperasi semula berdasarkan SOP yang ditetapkan MKN.

Tidak, semua latihan keusahawanan secara bersemuka atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang yang telah dijadualkan sepanjang tempoh 18 Mac – 12 Mei 2020 adalah ditangguhkan hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.  Walau bagaimanapun, MARA menyediakan platfom secara atas talian bagi aktiviti keusahawanan kepada usahawan MARA.

Bayaran tuntutan yang telah dikemukakan kepada MARA dan subsidiari perlu diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan syarikat terjejas terutama melibatkan pembayaran gaji kepada pekerja mereka. Bahagian/unit berkaitan yang menguruskan pembayaran dibenarkan untuk ke pejabat bagi menyelesaikan tugas tersebut dan pulang sebaik sahaja tugas diselesaikan.

Tempoh pelawaan, taklimat, pembelian dan penyerahan dokumen tender dipinda kepada tarikh yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.  Sila rujuk portal rasmi MARA untuk maklumat lanjut.

Ya, Operasi Pusat Pentadbiran MARA merangkumi semua pusat pentadbiran masih ditutup bagi menghentikan perkhidmatan yang melibatkan orang ramai mulai 18 Mac – 12 Mei 2020. Anggota kerja dinasihatkan untuk bekerja dari rumah kecuali bagi proses yang kritikal yang memerlukan keberadaan di pejabat. Orang ramai digalakkan melaksanakan sebarang urusan dengan MARA sama ada pembayaran, permohonan dan sebagainya melalui atas talian dengan melayari Portal MARA di www.mara.gov.my atau menghubungi MARA Call Center (MCC) di talian 03-26132000 dari jam 8 pagi hingga 3 petang atau MARA Careline di talian 03-2613 5086, 03-2613 5087, 03-2613 5082, 03-2613 2243, 03-2613 2247 dan 03-2613 2242 dari jam 3 petang hingga 10 malam (Isnin – Jumaat tidak termasuk cuti umum). Orang ramai juga digalakkan untuk mendapatkan maklumat terkini dengan mengikuti saluran media sosial rasmi MARA seperti berikut:

https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyat

https://www.instagram.com/majlisamanahrakyat

https://www.twitter.com/maragov

Semua kaunter bayaran MARA ditutup bermula 18 Mac – 12 Mei 2020. Oleh itu sebarang urusan bayaran boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu:

  • Laman web MARAeps https://bayar.maraeps.my/
  • Google Play dan App Store (kata carian “MARAeps”)
  • Perbankan internet (Maybank, CIMB, Bank Islam, RHB, I-Rakyat dan AmBank
  • JomPay Biller Code: 7195 (Ref.1: No. Akaun MARA/ Ref 2: No. Kad Pengenalan)

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal Rasmi MARA (www.mara.gov) di pautan https://www.mara.gov.my/permohonan-insentif-moratorium-penangguhan/

Tempoh penangguhan bayaran (moratorium)  bagi pinjaman perniagaan MARA adalah selama enam (6) bulan iaitu bermula April hingga September 2020.

Syarat permohonan penangguhan bayaran (moratorium) pinjaman perniagaan bagi usahawan MARA dan syarat permohonan insentif diskaun khas bagi semua usahawan yang menyewa di premis perniagaan MARA adalah peminjam atau penyewa tidak mempunyai tunggakan melebihi dua (2) bulan (setakat 31 Mac 2020).

Sekiranya mempunyai tunggakan melebihi dua (2) bulan, penyewa perlu menyelesaikan tunggakan tersebut untuk melayakkan penyewa mendapat insentif 30% diskaun selama enam (6) bulan.

Ya, penyewa layak untuk memohon diskaun khas tersebut bagi setiap lot yang disewa.

Borang permohonan boleh die-mel kepada insentifmara@mara.gov.my atau dihantar kepada Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berdekatan. Borang permohonan juga boleh diisi online melalui laman web www.mara.gov.my

Permohonan tidak memerlukan lampiran tambahan atau surat rayuan.

Insentif ini hanya layak kepada semua usahawan yang menyewa di premis MARA sahaja.

Sekiranya tuan telah mendapat diskaun sewa sebanyak 20%, maka tuan layak untuk mendapatkan 10% tambahan. Ini menjadikan jumlah maksima diskaun adalah 30% sebulan untuk tempoh 6 bulan.

Pemotongan gaji ke atas pinjaman / pembiayaan di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) warga kerja MARA masih dilaksanakan seperti biasa oleh MARA selaras dengan pendirian Kementerian Kewangan yang tidak melaksanakan penangguhan bayaran (moratorium). Walau bagaimanapun, MARA sentiasa berhubung dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) mengenai perkara ini dan sebarang maklumat akan dihebahkan melalui saluran informasi rasmi MARA / maranet. Manakala bagi pinjaman yang bukan diberi oleh MARA atau pinjaman peribadi Public Islamic Bank, MBSB dan Bank Rakyat yang diuruskan oleh BUMIRA melalui potongan gaji bulanan layak mendapat penangguhan bayaran selama enam (6) bulan mulai April hingga September 2020. Bagi pinjaman peribadi yang melibatkan koperasi selain BUMIRA, staf MARA yang terlibat perlu merujuk kepada koperasi berkaitan untuk maklumat lanjut.