SOALAN LAZIM

URUSAN PEROLEHAN MARA

SOALAN LAZIM URUSAN PEROLEHAN MARA

UMUM

Sebarang iklan bagi Tender MARA akan diiklankan di akhbar Berita Harian dan juga dimuat naik dalam Portal MARA iaitu di https://www.mara.gov.my/. Manakala bagi iklan Sebut Harga Pusat Pentadbiran MARA akan dipaparkan di Papan Kenyataan Pusat Pentadbiran MARA yang berkaitan.

Pihak syarikat perlu mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan mempunyai Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera beserta Kod Bidang mengikut syarat tawaran.

Pihak syarikat perlu mendaftar dengan pihak Sennego.com. Sila klik https://www.sennego.com/ untuk tatacara pendaftaran.

Tidak dibenarkan. Hanya penama yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sahaja yang dibenarkan untuk terlibat dalam urusan perolehan MARA.

Sebarang keputusan Tender / Sebut Harga MARA akan dimaklumkan melalui Portal Rasmi MARA iaitu di https://www.mara.gov.my/ dan pembekal yang berjaya akan dihubungi oleh Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan MARA. Manakala bagi Sebut Harga di Pusat Pentadbiran MARA, keputusan akan dipaparkan di Papan Kenyataan Pusat Pentadbiran MARA yang berkaitan.

Penjualan no. pin untuk tender / sebut harga secara dalam talian hanya dilaksanakan di Bilik Tender, Tingkat 2, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur sahaja pada ketika ini. Sebarang perubahan terbaharu akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan berkaitan perolehan MARA boleh menghubungi talian 03-26132000 atau Portal MARA https://www.mara.gov.my/.

Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Tarikh tutup Tender / Sebut Harga MARA telah dilanjutkan sebagaimana hebahan yang telah dibuat melalui platform pelawaan dibuat termasuk di portal MARA.

Tarikh sah laku Tender / Sebut Harga MARA telah dilanjutkan sebagaimana hebahan yang telah dibuat melalui platform pelawaan dibuat.

Taklimat Tender / Sebut Harga MARA telah dijadualkan semula selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan tarikh baharu bagi taklimat Tender / Sebut Harga MARA adalah tertakluk kepada Pengawal Pusat yang berkaitan.