โ๐๐๐๐๐ฌ ๐ ๐๐ฅ๐โ ๐ฅ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ง ๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐ ๐จ๐๐ ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ก๐ ๐ง๐ฅ๐๐๐๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ ๐ ๐ฅ๐ฆ๐
PUTRAJAYA, 19 April 2026 โ Gelaran โDaddy MARAโ yang diberikan oleh pelajar dan ibu bapa jelas menggambarkan hubungan rapat Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Datoโ Dusuki dengan warga Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) apabila beliau turun padang memberikan sokongan kepada pelajar dalam Festival Keusahawanan dan Seni Muzik Tradisional MRSM 2026.
Festival itu menjadi pentas buat pelajar MRSM menunjukkan bakat mereka sebagai usahawan muda selain mengetengahkan seni muzik tradisional yang menjadi sebahagian daripada warisan budaya negara.
Sepanjang dua hari penganjuran, pelajar MRSM dari seluruh negara mengendalikan sendiri booth jualan, memasarkan produk dan berinteraksi dengan pengunjung seperti usahawan sebenar.
Sebanyak 58 booth keusahawanan dibuka dengan pelbagai produk hasil kreativiti pelajar termasuk produk koperasi, makanan, barangan kreatif dan perkhidmatan inovatif.
Dalam masa sama, festival tersebut turut menampilkan pertandingan seni muzik tradisional yang melibatkan kategori gamelan, caklempong dan ensemble muzik dengan penyertaan 12 MRSM yang layak ke peringkat akhir.
Kehadiran Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi turut mencuri perhatian apabila beliau meluangkan masa melakukan sesi walkabout, beramah mesra dengan pelajar serta meninjau sendiri produk yang dijual di setiap booth. Suasana bertukar lebih menarik apabila beliau sempat โmenebukโ seorang pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan menguji hafazan bacaan al-Quran secara spontan, sekali gus mencetuskan sorakan dan tepukan daripada pelajar serta pengunjung yang menyaksikan momen tersebut.
Festival yang berlangsung di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, IOI City Mall Putrajaya itu turut mempertandingkan beberapa kategori termasuk Booth Paling Menarik, Produk Terbaik dan Perolehan Tertinggi bagi mengiktiraf kreativiti serta usaha pelajar.
Dalam pertandingan Seni Muzik Tradisional MRSM 2026, MRSM FELDA Trolak dinobatkan sebagai Johan kategori Gamelan diikuti MRSM Bentong selaku Naib Johan dan MRSM Taiping di tempat ketiga. Bagi kategori Caklempong pula, MRSM Kuala Klawang muncul juara diikuti MRSM Kubang Pasu sebagai Naib Johan dan MRSM Tun Ghafar Baba di tempat ketiga.
Sementara itu, MRSM Langkawi merangkul Johan kategori Ensemble Music dengan MRSM Pasir Tumboh sebagai Naib Johan dan MRSM Kota Kinabalu di tempat ketiga, sekali gus menutup festival dengan persembahan seni tradisi yang memukau.
Oleh: shafiz hamzah


