๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  ๐—ง๐—”๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š ๐—–๐—”๐—ง๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—ฃ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

mara

TAIPING, 17 APRIL 2026 โ€“ Ketua Pengarah MARA telah mengadakan kunjungan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Taiping pada petang ini bagi menyantuni warga maktab yang telah mencatat pencapaian membanggakan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Dalam SPM 2025, MRSM Taiping telah merekodkan Gred Purata Maktab (GPM) 1.22, sekali gus menempatkan maktab ini sebagai antara tiga MRSM terbaik di Malaysia. Kedudukan ini mengukuhkan lagi reputasi MRSM Taiping sebagai antara institusi yang konsisten mencatat prestasi tinggi dalam kalangan MRSM seluruh negara.

Pencapaian tersebut turut mencerminkan keberkesanan pendekatan pendidikan MRSM yang menekankan keseimbangan antara pencapaian akademik dan pembangunan pelajar secara menyeluruh. Dalam kunjungan tersebut, Ketua Pengarah MARA turut meluangkan masa dalam sesi dialog bersama pelajar, sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi secara langsung dan berkongsi pandangan.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga MRSM Taiping atas pencapaian yang diraih serta menggalakkan agar momentum kecemerlangan ini terus dikekalkan dan dipertingkatkan pada masa akan datang

Oleh: shafiz hamzah