๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—จ๐—•๐—จ ๐—•๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ฅ๐—”๐—œ๐—› ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ฃ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

mara

KUALA KUBU BHARU, 17 APRIL 2026 โ€“ Ketua Pengarah MARA, Dato’ Zulfikri Osman, telah hadir ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Kubu Bharu pada pagi ini bagi menyantuni warga maktab susulan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Kehadiran beliau merupakan tanda penghargaan MARA terhadap usaha gigih pelajar dan komitmen tinggi warga pendidik dalam memastikan kecemerlangan akademik dapat dicapai secara konsisten. Dalam SPM 2025, MRSM Kuala Kubu Bharu telah mencatatkan Gred Purata Maktab (GPM) 1.28 sekali gus meletakkan maktab ini dalam kelompok lima MRSM terbaik di seluruh negara.

Pencapaian tersebut mencerminkan kesungguhan semua pihak dalam merealisasikan agenda pendidikan MARA yang berteraskan kecemerlangan. Sepanjang kunjungan tersebut, Ketua Pengarah MARA berkesempatan bertemu warga maktab serta menyampaikan penghargaan atas kejayaan yang telah dicapai.

Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa pencapaian ini adalah hasil daripada budaya pembelajaran yang positif serta sokongan berterusan dalam kalangan warga MRSM. Beliau berharap agar kecemerlangan ini dapat diteruskan dan menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih baik pada masa akan datang.

Oleh: shafiz hamzah