๐—œ๐— ๐—”๐—ฆ : ๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—”

mara

KUALA LUMPUR, 13 Ogos โ€“ Projek IMAS (Integrated MARA Accounting System) merupakan inisiatif transformasi digital MARA yang melibatkan perubahan dalam proses kerja, sistem dan budaya organisasi.

Bengkel Pengurusan Perubahan telah diadakan selama 3 hari bagi menyokong dan memudahkan usaha penerapan perubahan yang bakal di lalui oleh staf MARA melalui sistem IMAS.

YBhg. Datoโ€™ Seri Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA telah merasmikan Logo Rasmi IMAS sebagai simbol identiti, aspirasi dan komitmen MARA terhadap pelaksanaan transformasi digital.

Majlis ini juga memperkenalkan pelantikan Duta Perubahan (DP) IMAS sebagai penghubung strategik antara pasukan projek dengan warga MARA dalam menyokong pelaksanaan pengurusan perubahan (Change Management).

Sesi ini juga memperkenalkan Bank Panel IMAS sebagai rakan strategik dalam menyokong keperluan integrasi perbankan dan transaksi kewangan melalui sistem IMAS.

Ini dapat memberikan fleksibiliti operasi dan mengurangkan kebergantungan kepada satu saluran perbankan sahaja serta dapat meningkatkan proses transaksi dan pembayaran secara lebih cekap.

Semua kerjasama strategik dengan pemegang taruh ini bagi memastikan pelaksanaan ini dapat dilaksanakan secara tersusun, berkesan dan berterusan. IMAS di jadikan titik permulaan kepada cara kerja MARA yang lebih digital, lebih bersepadu, lebih berprestasi tinggi demi kecemerlangan MARA.