๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—–๐—œ๐—ฃ๐—ง๐—” ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—š๐—”๐—ก๐——๐—” ๐——๐—œ ๐—”๐—ฆ๐—˜๐—”๐—ก ๐—›๐—ฅ ๐—˜๐—ซ๐—–๐—˜๐—Ÿ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜ ๐—”๐—ช๐—”๐—ฅ๐——๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

MARA

KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2026 โ€“ Majlis Amanah Rakyat (MARA) mencipta kejayaan berganda apabila menerima Government Agency of the Year Award (Employee Wellbeing Excellence) pada ASEAN HR Excellence Awards 2026, manakala YBhg. Datoโ€™ Seri Zulfikri Osman, Ketua Pengarah MARA turut menerima Anugerah Khas ASEAN Outstanding Human Capital Leadership Award pada majlis yang berlangsung di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, hari ini.

Pengiktirafan kepada MARA tersebut diterima YBhg. Dr. Azmi Amat Murjan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA, sebagai pengiktirafan terhadap pendekatan organisasi dalam memberi perhatian kepada aspek kesejahteraan warga kerja sebagai sebahagian daripada usaha membentuk persekitaran kerja yang positif dan produktif.

Dalam masa sama, penerimaan ASEAN Outstanding Human Capital Leadership Award oleh YBhg. Datoโ€™ Seri Zulfikri Osman mengiktiraf kepimpinan beliau dalam pembangunan modal insan serta usaha menerajui organisasi yang memberi penekanan kepada pembangunan bakat dan kesejahteraan warga kerja.

Kejayaan di peringkat ASEAN ini mencerminkan pendekatan MARA yang melihat warga kerja sebagai antara elemen penting dalam memastikan penyampaian perkhidmatan dan keberkesanan organisasi terus berada pada tahap terbaik.

Pengiktirafan tersebut turut menjadi dorongan kepada warga MARA untuk meneruskan budaya kerja yang mengutamakan kecemerlangan, pembangunan potensi dan kesejahteraan bersama.

ASEAN HR Excellence Awards 2026 merupakan platform pengiktirafan yang meraikan kecemerlangan dalam bidang sumber manusia, kepimpinan serta amalan tempat kerja yang memberi nilai kepada organisasi dan warga kerja.

Pencapaian MARA dan YBhg. Datoโ€™ Seri Zulfikri Osman pada edisi tahun ini sekali gus menempatkan MARA dalam kelompok organisasi yang menerima pengiktirafan atas usaha dan pencapaian dalam bidang tersebut.

Bersempena sambutan 60 Tahun MARA, kejayaan berganda ini menjadi satu lagi pencapaian bermakna dalam perjalanan organisasi membina budaya kerja yang progresif, berorientasikan prestasi serta mengutamakan pembangunan modal insan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga MARA serta YBhg. Datoโ€™ Seri Zulfikri Osman atas pencapaian membanggakan di ASEAN HR Excellence Awards 2026.

Oleh: shafiz hamzah