๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” & ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—œ ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”

mara

KUALA SELANGOR, 15 Ogos 2026 โ€“ Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti MARA 2026 Peringkat Parlimen Kuala Selangor yang berlangsung di Dewan Dato’ Penggawa, Kuala Selangor telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran seramai 500 peserta yang terdiri daripada usahawan serta komuniti setempat di Kuala Selangor.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh, YB Senator Datuk Rosni Sohar Ahli Dewan Negara dan Ahli Majlis MARA, dan turut dihadiri oleh En. Mohd Halmishahril Ahmad Jamir, Pengarah MARA Negeri Selangor, YBhg. Datuk Halimaton Saadiah Bohan, Pengerusi Kelab Skuad Sehati, En. Mohd Nizam Majid, Pengerusi Veteran MAYC Daerah Kuala Selangor, Puan Sopiah Haji Din, Pengerusi Kelab Skuad Sehati Parlimen Kuala Selangor, ketua dan wakil Jabatan Daerah Kuala Selangor dan barisan kepimpinan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) dan kempimpinan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK).

Sepanjang program, peserta telah mengikuti pelbagai sesi perkongsian ilmu, antaranya Kemudahan Keusahawanan MARA, Transformasi Digital, Kepimpinan dan Motivasi Keusahawanan, Penampilan Profesional serta E-Invois.

Lebih 10 reruai dibuka sepanjang program iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia, PMB Tijari, PMB Investment, usahawan U.n.i Klinik dan U.n.i Dental Kuala Selangor, Bank Muamalat, Bank Rakyat, GIATMARA Kuala Selangor, Suri Ratu (M) Sdn. Bhd. dan MIWA Manufacturing Sdn. Bhd.

Selain itu, program ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan kepada komuniti, termasuk Jualan Ehsan Rahmah, gunting rambut percuma serta perkhidmatan pertukaran minyak hitam motosikal secara percuma yang dilakukan oleh GIATMARA dan ditaja oleh MARA Negeri Selangor.

Program ini juga turut menyaksikan penyerahan mock cheque kepada 9 usahawan wanita yang menerima pembiayaan perniagaan dan geran MARA berjumlah RM121 ribu dan sumbangan bantuan persekolahan kepada 50 pelajar tingkatan 5 dalam daerah Kuala Selangor yang telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Rosni binti Sohar.

Melalui program ini, seramai 12 prospek usahawan yang berminat memohon kemudahan MARA, yang mana seramai 9 prospek usahawan berminat memohon pembiayaan Dananita dengan anggaran nilai sebanyak RM300 ribu, dan 3 prospek usahawan berminat memohon geran ADAPT dengan nilai RM30 ribu.