𝗧𝗥𝗔𝗡𝗦𝗙𝗢𝗥𝗠𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛𝗣𝗔𝗦𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗥𝗜𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗜𝗣𝗧𝗔 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗡𝗘𝗫𝗧𝗚𝗘𝗡𝗕𝗜𝗭
KUANTAN, 16 Ogos 2026 – Kebolehpasaran pelajar perlu ditransformasikan daripada sekadar menyediakan mereka untuk mencari pekerjaan kepada melahirkan generasi yang mampu mencipta pekerjaan melalui penerapan nilai dan kemahiran keusahawanan dalam bidang yang diceburi.
Melalui inisiatif NextGenBiz, pelajar didorong untuk menceburi bidang keusahawanan dengan menterjemahkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang masing-masing kepada peluang perniagaan yang berpotensi, sekali gus membuka ruang pekerjaan kepada orang lain serta menyumbang kepada peningkatan taraf sosioekonomi masyarakat.
Dalam ucapannya, Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan (TKPU) menekankan kepentingan pendekatan 𝙀𝙘𝙤𝙣𝙤𝙢𝙞𝙘 𝙄𝙣𝙙𝙪𝙨𝙩𝙧𝙞𝙖𝙡 𝙎𝙩𝙧𝙖𝙩𝙚𝙜𝙞𝙘 𝘽𝙪𝙨𝙞𝙣𝙚𝙨𝙨, 𝘾𝙖𝙥𝙩𝙞𝙫𝙚 𝙈𝙖𝙧𝙠𝙚𝙩, 𝙗𝙞𝙙𝙖𝙣𝙜 𝙃𝙞𝙜𝙝-𝙂𝙧𝙤𝙬𝙩𝙝 𝙃𝙞𝙜𝙝-𝙑𝙖𝙡𝙪𝙚 𝘽𝙪𝙨𝙞𝙣𝙚𝙨𝙨 (𝙃𝙂𝙃𝙑𝘽) 𝙨𝙚𝙧𝙩𝙖 𝘾𝙤𝙢𝙢𝙪𝙣𝙞𝙩𝙮 𝙎𝙤𝙘𝙞𝙖𝙡 𝙀𝙘𝙤𝙣𝙤𝙢𝙞𝙘 𝘿𝙚𝙢𝙖𝙣𝙙𝙨 sebagai asas dalam merangka hala tuju generasi belia ke arah pembentukan usahawan yang berdaya saing dan mampu menguasai peluang ekonomi.
Pendekatan tersebut turut selari dengan aspirasi 3P – Penyertaan, Pemilikan dan Penguasaan, yang menekankan keperluan untuk memperkukuh penyertaan generasi muda dalam aktiviti ekonomi, meningkatkan pemilikan dalam bidang perniagaan serta seterusnya mencapai penguasaan ekonomi.
Inisiatif NextGenBiz menjadi platform penting dalam membentuk generasi baharu yang bukan sahaja bersedia memasuki pasaran pekerjaan, malah berupaya menjadi pencipta pekerjaan, peneraju perniagaan dan penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.



