π ππ₯π π§ππ‘ππππ§ π§πππππ₯ π¨π₯π¨π¦, ππ‘π§πππ₯ππ§π π πππππ¨π πππ₯πππ¦ππ π π¦π§π₯ππ§ππππ πππ₯π¦ππ π π¦π£π₯π
PUTRAJAYA, 18 Ogos 2026 β MARA mengadakan sesi Kunjung Hormat ke Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membincangkan aspek tadbir urus, integriti, pengurusan risiko antirasuah serta peluang kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi.
YBrs. Dr. Azmi Amat Murjan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA mengetuai delegasi MARA yang turut disertai barisan pengurusan MARA, manakala delegasi BPGN SPRM diketuai YBhg. Datoβ Idris Zaharudin, Pengarah Kanan BPGN.
Sesi kunjung hormat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama BPGN, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya itu turut disusuli sesi taklimat mengenai BPGN SPRM.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk usaha meningkatkan tatakelola MARA, cadangan Memorandum Persefahaman (MOU) antara MARA dan SPRM, perkongsian amalan terbaik melalui benchmarking serta pengurusan risiko integriti dan antirasuah.
Sesi berkenaan turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan dan berkongsi pendekatan dalam aspek governans serta integriti, di samping mengenal pasti ruang kerjasama yang dapat memberi nilai tambah kepada pengurusan organisasi.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen MARA dan SPRM dalam memastikan aspek tadbir urus dan integriti terus diberi perhatian sebagai asas kepada pengurusan yang telus, berakauntabiliti dan berkesan, selaras dengan tanggungjawab mengurus setiap amanah demi kepentingan rakyat.
Oleh: shafiz hamzah



