𝗝𝗣π—ͺπ—žπ—  π—§π—œπ—‘π—π—”π—¨ π—’π—£π—˜π—₯π—”π—¦π—œ 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔π—ͺ𝗔𝗑 𝗠𝗔π—₯𝗔 π—”π—‘π—šπ—šπ—¨π—‘ 𝗖𝗒𝗧𝗧𝗒𝗑 π—–π—’π—Ÿπ—Ÿπ—˜π—–π—§π—œπ—’π—‘

mara

SEREMBAN, 11 JUN 2026 – Jawatankuasa Pemerkasaan Wanita Komuniti MARA (JPWKM) telah mengadakan lawatan rasmi ke premis usahawan MARA, Anggun Cotton Collection di Seremban 2 bersempena Mesyuarat JPWKM Bilangan 1 Tahun 2026 yang diadakan di Pejabat MARA Negeri Sembilan.

Lawatan tersebut disertai ahli JPWKM bersama pegawai MARA bagi meninjau operasi perniagaan usahawan wanita MARA serta mendapatkan pendedahan berkaitan pengurusan dan perkembangan perniagaan yang dilaksanakan oleh syarikat berkenaan.

Puan Ajar @ Siti Ajar Yasin, Ahli Majlis MARA merangkap Pengerusi JPWKM berkata, jawatankuasa itu komited dalam menyokong agenda pemerkasaan Wanita Komuniti MARA termasuk usahawan wanita melalui pelbagai kemudahan dan inisiatif yang disediakan di bawah ekosistem keusahawanan MARA.

Menurut beliau, lawatan seperti ini memberi peluang kepada ahli jawatankuasa untuk melihat secara dekat perkembangan usahawan wanita MARA selain memahami keperluan dan cabaran dalam mengembangkan perniagaan masing-masing.

Delegasi turut dibawa melawat gudang pembungkusan dan pengedaran selain meninjau studio live streaming yang digunakan bagi aktiviti jualan produk secara dalam talian.

Anggun Cotton Collection merupakan penerima Anugerah Tokoh Usahawan dalam Anugerah Usahawan MARA (AURA) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024/2025, sekali gus membuktikan potensi usahawan wanita MARA untuk terus berkembang dan menembusi pasaran yang lebih luas.

Lawatan tersebut turut disertai Puan Rohana Jusoff, Pengarah MARA Negeri Sembilan bersama pegawai-pegawai MARA Negeri Sembilan.

Sempena sambutan 60 Tahun MARA, pelaksanaan inisiatif seperti ini mencerminkan komitmen MARA dalam memperluas peluang pembangunan kapasiti wanita komuniti dan usahawan Bumiputera agar terus berdaya saing serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Oleh: shafiz hamzah