π—žπ—˜π—π—’π—›π—”π—‘π—”π—‘ π—™π—¨π—§π—¦π—”π—Ÿ π—£π—œπ—”π—Ÿπ—” π—žπ—˜π—§π—¨π—” π—£π—˜π—‘π—šπ—”π—₯𝗔𝗛 𝗠𝗔π—₯𝗔 π—›π—œπ— π—£π—¨π—‘π—žπ—”π—‘ π—ͺ𝗔π—₯π—šπ—” 𝗠𝗔π—₯𝗔 π—¦π—˜π—Ÿπ—¨π—₯𝗨𝗛 π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔

mara

BATU CAVES, 11 APRIL – Kejohanan Futsal Piala Ketua Pengarah MARA telah berlangsung dengan meriah dan jayanya pada 10 dan 11 April 2026 bertempat di SLK Sport Centre, Batu Caves, Selangor.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi MARA ini berjaya menghimpunkan penyertaan warga MARA dari seluruh Malaysia dalam usaha menggalakkan gaya hidup sihat di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan.

Sebanyak tiga kategori telah dipertandingkan iaitu kategori Lelaki Terbuka yang melibatkan 12 pasukan, kategori Lelaki Veteran dengan 11 pasukan serta kategori Wanita yang turut disertai oleh 11 pasukan. Penyertaan yang memberangsangkan ini mencerminkan komitmen tinggi warga MARA dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Bagi keputusan kejohanan, pasukan MARA Kedah telah muncul sebagai juara bagi kategori Lelaki Terbuka, manakala pasukan MARA Kelantan menjuarai kategori Lelaki Veteran dan pasukan MARA Terengganu muncul sebagai juara bagi kategori Wanita.

Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi serta kerjasama berpasukan yang baik dalam setiap perlawanan. Kejohanan ini juga menjadi platform bagi mencungkil bakat baharu dalam sukan futsal dalam kalangan warga MARA.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Encik Zahari Aziz, Timbalan Ketua Pengarah MARA.

Penganjuran kejohanan ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform memperkasa budaya hidup aktif serta mengeratkan hubungan dalam kalangan warga MARA di seluruh negara.

Oleh: shafiz hamzah