π―π±π― ππ‘π’π©ππ¦π πππ£ππ₯π§ππ‘πππ‘ππππ‘ πππππ π£πππ§ππ’π₯π ππππ
KULIM, 10 APRIL 2026 β Lebih 350 idea inovasi yang berpotensi menjadi penyelesaian baharu kepada cabaran industri dan masyarakat telah dipertandingkan dalam International Innovation & Exhibition Fair (IIEF) 2026 semalam, sekali gus membuka ruang kepada pelajar dan penyelidik muda mempamerkan kreativiti serta teknologi baharu yang boleh dimanfaatkan untuk masa depan negara.
Program bertaraf antarabangsa yang berlangsung dari 7 hingga 9 April di Kolej MARA Kulim itu menjadi platform penting menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai institusi pendidikan, agensi kerajaan serta pemain industri dari dalam dan luar negara.
IIEF 2026 dianjurkan oleh Kolej MARA Kulim dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Tinggi MARA dan MUAFAKAT MARA Malaysia bagi memperkasa budaya inovasi serta penyelidikan dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar institusi pendidikan MARA.
Program ini turut mendapat sokongan rakan strategik termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Centre for Innovation & Consultation Universiti Sains Malaysia, Universiti Kuala Lumpur, Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) serta Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Sebanyak 353 penyertaan direkodkan melibatkan peserta dari dalam dan luar negara yang bertanding melalui dua mod iaitu secara bersemuka dan atas talian. Penyertaan ini merangkumi pelbagai latar belakang institusi pendidikan awam dan swasta, agensi kerajaan serta sektor industri.
Projek yang dipertandingkan meliputi pelbagai bidang termasuk elektrik dan elektronik, ICT, multimedia dan inovasi Internet of Things (IoT), kejuruteraan dan industri, alam sekitar dan sains hayat serta bidang sains sosial dan pendidikan.
Penjurian dilaksanakan oleh panel profesional yang terdiri daripada pakar industri, akademia serta wakil agensi kerajaan dan swasta bagi memastikan setiap projek dinilai secara komprehensif dan berimpak tinggi.
Majlis Penutup dan Penyampaian Anugerah telah berlangsung pada 9 April di Dewan Darul Aman, Kolej MARA Kulim dan dirasmikan oleh Pengarah MARA Negeri Kedah, YBhg. Encik Rizal Effendi bin Razali.
Sebanyak 32 kumpulan menerima Pingat Emas bagi kategori bersemuka, manakala 10 projek dipilih menerima Anugerah Khas. Anugerah tertinggi iaitu Platinum Grand Innovation Award telah dimenangi oleh projek inovasi daripada institusi TVETMARA Sik.
Oleh:Β hamli



