๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—˜๐—ฆ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—”, ๐—•๐—”๐—ช๐—” ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—œ ๐—–๐—™๐——๐—™ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

mara

CHENGDU, 26 Mac 2026 – Majlis Amanah Rakyat (MARA), agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), terus mempergiat usaha memperluas akses pasaran global apabila membawa sembilan (9) usahawan bimbingannya menyertai China Food & Drinks Fair (CFDF) 2026 di sini.

Penyertaan menerusi Program Gate to Global (GTG) itu membuka ruang strategik kepada usahawan Bumiputera menembusi pasaran China.
CFDF yang berlangsung di Western China International Expo City, Chengdu merupakan antara pameran perdagangan terbesar di China dengan penyertaan lebih 6,000 pempamer dan 300,000 pelawat perdagangan dari seluruh dunia.
Inisiatif itu turut disokong MATRADE sebagai penyelaras Pavilion Malaysia dalam usaha memperkukuh penjenamaan produk tempatan di peringkat global.

Pavilion Malaysia dirasmikan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Kunming, Encik Muhamad Akmal Abdul Wahab yang menekankan kepentingan platform berkenaan dalam memperkukuh penjenamaan produk tempatan di peringkat global.

Beliau berkata Chengdu dilihat sebagai pintu masuk strategik ke pasaran China Barat yang mempunyai lebih 300 juta penduduk serta permintaan tinggi terhadap produk berkualiti dan berasaskan kesihatan.

Pada 2025, perdagangan dua hala Malaysia-China mencecah USD126.81 bilion dengan Wilayah Sichuan muncul antara 10 rakan dagang utama Malaysia bernilai USD4.66 bilion.
Penyertaan MARA dalam CFDF dijangka akan memberi banyak peluang kepada usahawan untuk meneroka potensi eksport, menjalinkan rangkaian perniagaan strategik serta meningkatkan ketersediaan dalam pasaran antarabangsa yang semakin kompetitif.

Pegawai MARA yang turut hadir menjalankan tugas ialah Timbalan Pengarah Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA, Puan Noor Naasirah Paiman serta Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Puan Yusnor Izzah Mohd Yusop

Oleh: shafiz hamzah