๐— ๐—ข๐—จ ๐—ฅ๐— ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—๐—จ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—”๐—–๐—จ ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—”

mara

CHENGDU, 28 Mac 2026 – Tiga usahawan bimbingan Majlis Amanah Rakyat (MARA) mencatat pencapaian membanggakan apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan potensi jualan keseluruhan hampir RM20 juta bersama rakan pengedar dari China sempena The 114th China Food & Drinks Fair (CFDF) 2026, yang turut disaksikan oleh Encik Muhamad Akmal Abdul Wahab, Konsul Jeneral Malaysia di Kunming.

Syarikat KKMY Retail Sdn. Bhd. memeterai MoU strategik dengan Intimimo (Guangzhou) Co. Ltd di pavilion Malaysia hari ini untuk memasarkan produk snek premium mereka ke lebih 1,000 outlet di seluruh China dalam tempoh lima tahun, sekali gus menjana potensi jualan sehingga RM15 juta.

Sementara itu, syarikat Nutrivera Manufacturing Sdn. Bhd. turut memeterai MoU dengan Sichuan Maintech Digital Technology Co., Ltd. dalam Majlis Resepsi Jaringan Perniagaan yang dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia Kunming & MATRADE Guangzhou di Restoran Pontis, Hotel InterContinental Century City, Chengdu pada malam semalam bagi pengedaran produk bar berasaskan serbuk koko dan herba. Syarikat berstatus halal serta dipersijilkan HACCP dan NPRA itu menyasarkan penembusan pasaran China dalam tempoh tiga tahun dengan potensi jualan dianggarkan RM3.2 juta.

Dalam perkembangan sama, BS Global Manufacturing (M) Sdn. Bhd. turut memeterai MoU dengan pengedar yang sama bagi memasarkan produk pracampur minuman termasuk minuman protein dan coklat bermalta, dengan jangkaan potensi jualan sekitar RM1.8 juta dalam tempoh tiga tahun.
Ketiga-tiga syarikat merupakan pengilang produk makanan dan minuman berstatus halal serta mematuhi piawaian keselamatan makanan antarabangsa, sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna global terhadap produk keluaran Malaysia.

Penyertaan MARA dalam CFDF 2026 terus menjadi platform strategik dalam pembangunan agenda usahawan Bumiputera berorientasikan eksport, di samping memperluas jaringan perniagaan serta meningkatkan daya saing produk tempatan di pasaran antarabangsa, khususnya di China yang mempunyai permintaan tinggi terhadap produk halal dan berkualiti.

Oleh: shafiz hamzah