𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗥𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗬𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗔𝗟 𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛
17 Jun 2026 | Putrajaya – Badan Ugama Kebajikan MARA (BUKM) telah mewakili Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyertai Sambutan Ma’al Hijrah 1448H Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya hari ini.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, yang berkenan berangkat bagi meraikan sambutan tahun baharu Hijrah peringkat kebangsaan.
Bertemakan “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”, sambutan ini menjadi platform untuk menghayati semangat hijrah, memperkukuh perpaduan serta menyemarakkan nilai-nilai Islam dalam membentuk masyarakat yang berilmu, berintegriti dan berakhlak mulia.
Penyertaan BUKM mencerminkan komitmen MARA dalam menyokong usaha memperkasa pembangunan sahsiah dan penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan warga kerja.
Salam Ma’al Hijrah 1448H. Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan kepada seluruh warga MARA serta rakyat Malaysia.
Oleh: hamli



