๐—ช๐—ถ๐—ฆ๐—˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ

mara

KANGAR, 17 Jun โ€“ Program Women in Search of Excellence (WiSE) 2026 semalam menghimpunkan kira-kira 300 usahawan wanita dari seluruh Negeri Perlis dalam usaha memperkasa pembangunan keusahawanan wanita menerusi platform perkongsian ilmu, inspirasi serta jaringan strategik.

Program bertemakan โ€œElevating Women, Empowering Communitiesโ€ itu berlangsung selama sehari di Dewan Bakawali, Mes Pegawai Kanan PDRM, Kangar hasil anjuran MARA dengan kerjasama Yayasan Tuanku Fauziah (YTF).

Program sehari itu dimulakan dengan pelbagai pengisian berimpak tinggi yang memberi fokus kepada pembangunan imej, personaliti serta daya tahan usahawan wanita dalam mendepani landskap perniagaan yang semakin dinamik.

Antara pengisian utama termasuk slot The Charismatic Personality yang menekankan aspek keterampilan diri sebagai nilai tambah dalam dunia perniagaan, selain forum keusahawanan Women in Business: Building Digital Resilience for Long-Term Success yang mengetengahkan perkongsian pengalaman dan pandangan berkaitan ketahanan digital dalam mengembangkan perniagaan.

Turut berlangsung sesi perkongsian inspirasi oleh ikon usahawan wanita yang berkongsi pengalaman membina perniagaan, cabaran yang dihadapi serta daya tahan dalam meneruskan kelangsungan perniagaan.

Sesi Meet & Greet bersama En. Zahari Aziz, Timbalan Ketua Pengarah MARA pula membuka ruang interaksi lebih dekat dalam memperkukuh jaringan serta perkongsian aspirasi antara usahawan wanita dan pihak MARA.

Pada sebelah malam, program diteruskan dengan Acara Perasmian WiSE 2026 yang disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis bersama Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.

Sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan usahawan wanita, majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Usahawan Wanita kepada lima tokoh usahawan yang mewakili industri gaya hidup, makanan dan minuman, pembinaan, perkhidmatan serta automotif.

Pengiktirafan tersebut mencerminkan peranan penting wanita dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta menyumbang kepada pembangunan komuniti melalui bidang keusahawanan.

Selain penyampaian anugerah, majlis turut diserikan dengan reruai pameran usahawan, persembahan kebudayaan serta segmen Runway MARA in Fashion (MIF) yang menampilkan kreativiti dan potensi usahawan dalam industri fesyen dan gaya hidup.

Penganjuran WiSE 2026 dilihat selari dengan aspirasi sambutan 60 Tahun MARA dalam memperkukuh ekosistem pembangunan usahawan Bumiputera melalui pelbagai inisiatif pembangunan kapasiti, latihan dan pemerkasaan perniagaan.

Program seperti ini diharap terus menjadi pemangkin kepada pembangunan usahawan wanita yang lebih berdaya tahan, progresif dan kompetitif, seterusnya memperkukuh peranan mereka sebagai pemacu pembangunan ekonomi dan komuniti.

Oleh: shafiz hamzah